Cart

No products in the cart.

4 Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Pakai ‘Tshirt Rumah’ Untuk Bersenam

Pernah tak ketika anda bersenam anda rasa tak selesa dengan pakaian yang anda pakai dan terus membuatkan anda hilang mood untuk bersukan? Pakaian sukan bukan sahaja pada baju dan seluar yang anda pakai tetapi ianya merangkumi tudung, sports bra, stokin serta kasut anda.

Keselesaan

Sebab yang paling utama semestinya keselesaan anda ketika bersenam. Seseorang itu boleh berlari dengan lebih jauh sekiranya dia memakai pakaian dan kasut yang membuatnya selesa. Kasut yang sesuai bantu mengelakkan daripada kecederaan seperti terkehel manakala untuk perempuan seperti anda, pakaian dalam atau sports bra yang terlalu ketat pula akan menyukarkan anda untuk beranafas dan material seluar yang tidak sesuai akan membawa kepada peha melecet. Dengan memakai pakaian yang betul, bukan saja dapat mengurangkan risiko kecederaan malah anda juga dapat memberi lebih fokus.

Pergerakan Lebih Bebas

Sekiranya anda berjogging dengan memakai seluar yang berkaki lebar seperti palazo, ia akan menjejaskan pergerakan anda disamping materialnya yang berat. Dari segi kasut, jika anda gemar untuk berjogging, kasut anda perlu mempunyai kusyen yang berfungsi untuk menyerap hentakan. Berbeza dengan sukan badminton, kasut yang anda pakai perlu mempunyai grip getah bagi mengelakkan daripada tergelincir di dalam gelanggang.

Memberikan Perlindungan

Pakaian yang sukan yang bagus adalah memberi anda perlindungan terutamanya ketika anda melakukan senaman outdoor. Kain yang nipis dan breathable adalah penting kerana udara bebas untuk keluar masuk sewaktu anda bersenam di bawah terik matahari yang boleh memnyebabkan anda terkena ‘heat stroke’. Selain itu, kebanyakan pakaian sukan juga mempunyai reflector yang mampu memberitahu kehadiran anda pemandu kenderaan. Fungsi reflector adalah untuk memantulkan semula cahaya kepada kenderaan apabila anda melalui jalan yang gelap semasa melakukan aktiviti pada waktu malam.

Kain Yang Ringan

Memandangkan aktiviti senaman memerlukan anda untuk bergerak dengan banyak, material baju yang ringan amat penting kerana peluh yang dihasilkan dari badan perlu dikeringkan dengan jangka masa yang singkat. Sekiranya anda memakai tshirt biasa atau kain cotton, masa yang diambil agak panjang selain baju tersebut akan menyerap peluh dan membuatkan baju anda lebih berat. Bukan itu sahaja, pakaian sukan yang dri-fit dapat mencegah bau pada badan dan baju kerana bakteria hanya akan membiak pada fabrik yang basah.

Haaa dah tahu kan kenapa perlu pakai baju sukan kalau nak bersukan? Selain 4 sebab kat atas ni, anda pun boleh bersemangat bila pakai baju sukan dan lebih yakin untuk melakukan senaman. Tak tahu nak cari baju yang mempunyai ciri-ciri seperti atas ni di mana? Jom tengok baju di website kami syuactive.com sebab SyuActive ada lebih 30 pilihan warna dari saiz XS hingga 5XL.

Kalau anda pula suka jenis baju yang macam mana? Tinggalkan pendapat anda kat bawah ni

Related Post

Share Your Valuable Opinions