Cart

No products in the cart.

Boleh ke exercise sambil berpuasa?

Bulan Ramadhan ni kita dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana ganjaran pahala yang berganda tapi… jangan lupa bersenam juga perlu sewaktu bulan puasa ni untuk memastikan badan kita sentiasa segar.

Mesti ada yang cepat lesu ketika berpuasa kan? Anda mungkin boleh amalkan tips ini:

  • Elakkan makan karbohidrat dan minum air terlalu banyak ketika berbuka
  • Pengambilan protein perlu untuk membina semula otot yang kecut selepas bersenam
  • Sel darah, otot dan hormon dibina melalui protein membantu tubuh berfungsi dengan lancar
  • Pastikan anda cukup 8 gelas air masak sehari
  • Jangan ‘skip’ sahur untuk pastikan anda kekal bertenaga

Anda pasti ada waktu yang anda gemari untuk bersenam pada hari biasa tetapi ketika berpuasa anda digalakkan bersenam pada 3 waktu ini:

Sebelum berbuka puasa

Bersenam ketika perut kosong adalah sangat membantu sekiranya anda ingin menurunkan berat badan. Cukup hanya senaman 30 minit sebelum berbuka puasa dan tenaga yang hilang boleh digantikan dengan makanan yang anda makan.

 ☑ Selepas solat sunat tarawih

Anda boleh untuk terus bersenam selepas berbuka tetapi sangat tidak digalakkan kerana makanan masih belum hadam sepenuhnya dan boleh membuatkan anda berasa loya sekaligus muntah. 3 jam selepas berbuka adalah waktu yang ideal untuk anda lakukan senaman dan secara tak langsung akan membantu anda tidur malam dengan lebih nyenyak.

☑ Selepas sahur

Waktu pagi juga antara waktu yang sesuai kerana badan kita baru sahaja menerima tenaga daripada makanan sahur dan membuatkan kita segar bertenaga. Namun, hanya senaman ringan sahaja yang boleh anda lakukan kerana anda masih memerlukan tenaga untuk sepanjang hari sehingga waktu berbuka.

Related Post

Share Your Valuable Opinions